Thursday, February 24, 2011

Flight BLR Yang Happening.

Aku cakap Jepun dalam flight balik dari India.. Kau hado?? Hahhahaha!
Al kisahnya, mamat ni tido sepanjang flight, aku tak tau pun dia orang Jepun. Dah sampai KL dia on phone dia, aku ternampak tulisan Jepun.. So masa dia nak blah aku pun cakapla "byebye" yang bukan "sayonara".. Muka dia pun terkejut ceria pastu cakap Jepun sket ngan aku.. Hihihi..
Lalu crew aku yang ala ala junior beberapa bulan takjub lah dengan kehebatan aku.. Hnssss *kembang idong*

Yang kelakarnye, bakat aku cakap Jepun ala ala bakat aku cakap Jawa je.. Basic gile; set kalau orang tanya, "iso omong jowo orak?" Aku pun jawab, "sitik sitik wae.." Hihihihi

Anyway, flight malam tadi boleh dikatakan seronok gak la walaupun Indian run. Passenger tak banyak kerenah sangat (surprisingly) and leading merepek, stewardess sorang suka borak, lagi sorang bengong, Bollywood crew layankan saja kitorang, and steward 11th solo-first time 738 (dia siap bagitau time briefing yee.. hahahahha!) kaki gelak.

Pendek kata malam tadi, walaupun sleep-deprived, aku takde sebab untuk tak ceria. Alhamdulillah.. Bila dapat flight macam ni memang aku bersyukur sangat. Best kerja. Rasa cam kasi lah lagi Bangalore kalau set crew terbaik gini!
Actually kalau difikirkan balek, everytime aku dapat Indian run selalu ada je set crew yang sekepala. Every cloud has a silver lining gitu. Aku suka! Thank You Allah!

Balek dari flight tak tensen.. Jalan ke transport maseh boleh sengih kat orang lalu lalang. Maseh ada mood nak small talk dengan cabin crew lain yang kau baru jumpa.
Rasa best jadi cabin crew..

Tapi sekarang kaki aku tengah gatal.. haihh.. Doktor kata aku kena amek vitamin C. Kulit kering sebab tak cukup vitamin C.. Isyk. Sungguh aku malas nak keep up benda benda yang kena jadi habit nih; sapu losyen lepas mandi, makan pil.. Aku cuci mekap pun pakai wipes je. Make-up remover yang Mama kasi ada dalam ceruk mana ntah, kapas tak penah sentuh.. Mask tak penah nak pakai, scrub muka kalau rajin ada laa aku guna sebulan sekali -- kalau teringat!

Nasib baik la muka aku ni bukan jenis sensitif, berminyak manjang.. Kering la tapi.. And kaki ni masalah besau. Dah berbulan aku tak pakai dresses comel comel aku. Rinduuu.. Hahahaha!!
Tuhan marah kot aku tak tutup aurat.. So dia kasi aku malu sikit. Hmmm..

Roster bulan depan tak memberangsangkan. Tiga nightstop, satu night flight, yang lain daily! Bulan yang lebih lonely sebab Si Kera punya nightstop/trip berderet. Siap fly ngan Mummy lagi lak tu. Isykk.. So kita nantikan sajalah entry entry blog yang jauh lebih emo daripada biasa yee..

Esok sampai habis bulan ni aku annual leave! Yeayy!! Aku suka cuti! And harini gaji kuar.. And LaSenza tengah sale! Yeayy!! So ada sape sape kat Midvalley sekarang ni?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 comments:

s a L o m a said...

haaa..ngintai hp pax!ahahaha

babe.aku malas nak google.BLR tu code mana?

lil^witch said...

Hahahahaha
Bangalore, INDIA!!
Hahahahha

Post a Comment

 

Thoughts by The Uninspired. © 2014

Blogger Templates by Splashy Templates