Friday, February 11, 2011

What do women want?

Aku ni kadang kadang tak tau apa perempuan nak sebenarnye.. Tapi nak agak apa "perempuan" nak, memang susah. Semua orang lain lain..

Haritu ada member FO sorang ni cerita pasal dia baru break-up dengan girlfren dia.. Sedih lak aku denga, tapi perlu ke mata aku sampai berair kan?! Isyk.

Diorang dah bersama empat tahun lebih. Kira sebelum FO ni jadi FO lah.. Memang dari dulu dah janji nak kawin..
So akhir tahun lepas FO ni tempah cincin kawin kat Tiffany & Co. Belum sempat cincin tu sampai, minah tu mintak break-up.. Atas alasan mamat ni FO.. Tak boleh percaya.

Manusia ni kalau tak dengki, tak cakap buruk pasal orang tak boleh ke?
Kesian member aku ni tau!!
Aku tak paham cemana minah ni boleh percaya hasutan kawan kawan yang baru dia kenal.. instead of percaya apa yang si FO ni cakap.
Empat tahun.. Kau patut dah tahu peribadi seseorang tu dalam masa empat tahun!

Mamat ni pulak dahlaa jenis cerita semuanye. Minah urut nak offer lebih pun dia cerita, tapi dia tak buat apa pun. Honest. Jenis rajin call/sms..
So kenapa perempuan ni nak break??
Aku rasa, memang hati dia dah lari.. Bukan salah si FO.. Tapi pompuan ni fickle. Mungkin dah safe sangat, jadi boring.. Entahlah!

Dua minggu lepas break, cincin Tiffany & Co. sampai..

Kalau lah laki aku tetiba balek bawak cincin tunang/kawin.. Hahahahaha!!
Si FO ni sempoi orangnye.. Dengan tak malu join aku ngan kakak aku gi karaoke. First day aku kenal dia, kitorang melepak kat bilik hotel berborak sampai pagi..

I guess kalau korang jenis kesah spouse korang spend the night kat bilik the opposite sex, JANGAN la carik cabin crew ataupun tech crew.
Aku ni pon kadang kadang melepak macam tak ada boyfren nak jealous. (Jealous ke pun?) Silap dia la kot carik pompuan yang lagi senang bercampur ngan laki! Bahahahaha!!

So apa perempuan nak sebenarnye?
Kadang kadang aku terlupa apa yang aku nak.. Perasaan nak tahu tu terlebih kadang kadang tu. Tapi perasaan je la..
Belum lagi buat benda benda merepek. Hahahaha! "Belum lagi" yee..

Oi, teruk betul sekarang ni bila emosi kurang stabil..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 comments:

ablen said...

>,< nice.. best this entry...

lil^witch said...

:P

Post a Comment

 

Thoughts by The Uninspired. © 2014

Blogger Templates by Splashy Templates