Sunday, May 08, 2011

*mood lembu menggila*

Encem balik kampung.
Dalam masa 48-jam;
Jumlah pesanan ringkas yang dia hantar: LAPAN baris.
Jumlah masa dia telefon: KOSONG saat.

Is this really what I want?
An average of about five words every six hours??
Mungkin tidak.

Kadang kadang aku tak tau apa yang aku tengah buat skarang ni.
Ada hari aku tetiba terasa.. entah.. Blur. Am I going anywhere with this?
Perasaan "sia-sia" yang tak dapat dibendung.

Mungkin aku ni ala ala perfectionist kot. Ataupun kepala aku dah jauh diawangan. Berangan for the ideal boyfriend or a perfect relationship.

Aku rasa aku dah tahap kritikal sebenarnya.
Dulu aku rajin nak cuci pinggan, skarang aku fed up. Pandai pakai, pandai cuci la kan? Aku pun letih gak balek keje! Apa beza kau ngan aku kalau keje sama profession?
Kalau aku boleh tinggalkan rumah kemas, sampah terbuang so kau tak balik greeted by some foul smell.. kenapa kau takleh tolong aku buat benda yang sama?
Naaak jugak perap sampah basah dua tiga hari. Pastu komplen pasal menatang terbang terbang. hisy!
Aku tau la aku kuat sepah barang. Tapi barang ngan sampah lain kot!

Aku kata aku tak suka bercakap bila aku takde benda elok nak cakap.. tapi like I said, aku dah tahap kritikal.
Ada hari aku sakit hati sangat, dalam otak aku, aku tumbuk si Encem.
Aku sakit hati sebab dia buat macam aku hegeh hegeh gila kat dia!

Ego aku dah datang balik.
So pasal phone calls. Meh aku explain; kalau dulu, aku memang terasa bila dia tak message. Tapi the phone works both ways kan.. so aku lah yang akan message dulu.
Tapi takkan sampai bila bila pun aku kan??
*hegeh hegeh*
Tak kuasa la aku nak menggedik. Daripada menggedik baik aku marah je.

Aku marah. Aku sedih. Aku nak nangis.
Tapi apa aku dapat? Mata bengkak. Pastu nanti dia balik, happy je... as if nothing happened sedangkan aku kat sini terseksa jiwa batin.
Fed up la camni.
Aku pun nak happy, careless and free. Tapi aku takleh sampai ke tahap ignorant.

Sungguh aku dah takde mood nak menjaga hati.
Kau nak pancake, spaghetti, lasagna, cookies.. buat sendiri je. Kalau aku ter-rajin aku buat la. Tapi sungguh aku tak kuasa.
Aku tak suruh pun kau masak. All I ever wanted was a bit of your time and a conversation once in a while.. Susah sangat nak dapat!

FED UPPPPP!!

So, wahai Encem.. kalau lah terbaca entry ni.. awak buat la apa apa awak nak ye. Balik kampung hari hari pun boleh. Kawan ajak kuar? Silakan silakan..
For a while dah saya terasa macam kain lap kaki. Adeee je kat situ, bila awak nak pakai awak datang lah.

I shall master the art of not-caring soon enough.

Wassalam..


I'm just upset.
I'm not better than anyone. I don't have the rights to nag.
Forget I said anything.

5 comments:

Orked said...

sama... :(

s a L o m a said...

kau siku je bf mengada macamtu!banyak lak songeh.bf je kot

*emos plaks..hehe

lil^witch said...

haha
aku memang nyaris siku dia betul betul harini..

juju said...

I thought I'm the only one who felt that way, once in a while. Didn't know that it happens to other people as well. And you pen it down so well!

lil^witch said...

hahaha
thanks..?

Post a Comment

 

Thoughts by The Uninspired. © 2014

Blogger Templates by Splashy Templates