Saturday, May 28, 2011

Nak balekk!!

Aku rasa ni macam 5-days trip paling panjang aku pernah rasa!
Set okay, leading pun okay.. Tapi takat "okay" je la.. Comfortable, tapi tak gila. Entah lah, aku prefer keje ngan orang gila kot. Boring bila pusing pusing, asyik orang lain je yang kata aku 'kartun'. mmph..
Aku salahkan Puyen ngan Kak Ngah sebab "train" aku jadi camni. Isyk.

Esok balek KL. Aku rindu katil. Aku rindu masakan Encem. Dia dah lama tak masak. Aku rindu home-cooked meal. Tapi aku tak mungkin akan mintak dia masak. So.. cemana?

Sepanjang empat hari lepas leading dok maintain position. Empat hari aku keje depan. Wahh! Dedicated Crew kah akuu??
Aku expect dia akan swap position tapi asyik maintain je pulak. Aku faham la dia taruk stewardess paling senior kat blakang since our only steward baru fly empat bulan.. Tapi perlu ke maintain AKU kat depan? Tetiba aku rindu tuang jus dari jug. Hahahhahhaha. Bongok kan?

Soalan; aku ni rupa "easy" kee?
Haritu aku ter-tak sengaja join set lain tengok wayang. Ada tiga cabin crew dengan sorang co-pilot. Kebetulan tersempak kat lobby, and diorang ada satu tiket extra untuk Fast5. Aku pun join je lah alang alang aku pun tak tengok lagi.

Dalam cinema aku duk sebelah co-pilot sebab esoknya tu aku fly ngan dia. Konon konon sesi beramah mesra lah..
Tapi dia over mesra kot.
Dalam cinema tu sebok menyendeng kat aku. Ewah! Kalau nak bercakap, lean over sekejap pastu lean away lah kan to your normal position. Tapi ni tak, menyendenngg.

At one point aku terasa la tangan dia kat tepi aku. I gave him a benefit of a doubt la kan, dia big built so maybe he needed that space. So aku pun ketepi la lagi sikit.. Then tak lama lepas tu aku terasa tangan dia gerak gerak lak.. Aku taknak buruk sangka, so fikir maybe tangan dia lenguh kena flex sikit jari jemari dia tu.
Aku ketepi lagi sampai aku dah takde space lagi. (By the way, selama benda ni jadi aku tak acknowledge pun aku rasa tangan dia.. movements aku memang ala ala natural je.)

Skali aku terasa lagi tangan dia.. Dah motion mengusap pulak daahhhhh. Setan betul! So aku pun buat keputusan untuk acknowledge tangan dia. Aku buat sharp move and pandang tangan dia.
Co-pilot: "eh, sorry.."
Masa aku ternampak tangan dia tu.. Entahlah, aku tak tau cemana nak describe rupa bentuk ataupun lokasi tangan dia tu, tapi dengan sepantas kilat aku terbayangkan betapa bestnya kalau aku ada gunting besa yang gardener selalu pakai tu.
Kalau korang tersempak aku ke, kau tanya la aku cemana gaya dia usap usap tu, nanti aku demo kat korang and see if you'd enjoy a stranger doing that to you.

Anyway, aku malas nak buat scene so aku buat bodo je la after that since dia dah tak buat lagi dah.
Lepas movie dia ajak join dinner lak, so of course lah aku ADA benda nak carik/beli kannn.. I told them to go ahead je. Bila dia tanya nombo bilik aku, aku buat buat lupa..
Sama macam time aku buat buat lupa bila ada orang surau tanya Bestie tinggal kat mana. Hahhahahaha!!

Aku rasa kalau aku ada mutant power, mungkin 'buat buat lupa' adalah power aku. And aku tau, muka aku muka "innocent". Kalau aku bitchy pun orang ingat aku memain. And diorang tak caya aku smoker selagi tak nampak asap kepul kepul kuar dari mulut aku.
Aku terer buat muka innocent/blur/comel.. Jangan jealous plis. Kikkikiki

Oh well, aku bersyukur sangat kengkawan aku yang co-pilot semuanya senonoh. (Or they wouldn't be my friends in the first place!) Kalau aku denga cerita pasal diorang, aku hampuk diorang cukup cukup sampai diorang dah bukan kawan aku dah!

Tak sabanyeee la aku nak balek umah. Tak saba tak sabaaa!!!
Tak saba nak cuti gak sebab kaki aku hodoh gila, keje 9 hari dalam masa dua minggu. Ughhh!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

6 comments:

s a L o m a said...

mau kena penampar kalau dapat kat aku..nak gesek2 plak..pastu ada hati nak mintak no bilik?hamsap betul pilot macam ni

lil^witch said...

huhuuu.. Memang!
and dahlaa tak hensem.. macam.. ewahh! kau ingat kau pilot aku akan layankan aje keee
geli.

ablen said...

"Aku terer buat muka innocent/blur/comel.. Jangan jealous plis." -- Suke statement nih~.. haha >.<

lil^witch said...

:P

Alif Iskandar Tareh said...

eeeeeeeeeee... i rasa this few weeks kan kite duk kerja macam hanj la... serious shit!

lil^witch said...

VERY serious shit.

Post a Comment

 

Thoughts by The Uninspired. © 2014

Blogger Templates by Splashy Templates