Tuesday, October 25, 2011

Kisah Bisul Pecah.

9comments
#crewlife

Kelmarin aku balek dari 4-days trip yang boleh lah tahan meletihkan. Sector-wise, first dengan last day je yang buat kerah tenaga habis habisan. Tapi.. aku dapat lah pulak set yang kaki makan/jalan... Sekali sekala dapat one whole set yang sama wave length ngan kau, takkan kau nak lepaskan peluang, ye dak?

So first day tu, KUL/TWU/KUL/KBR.
Sampai Kota Bharu dah dekat midnite. Kebiasaan crew akan keletihan dan pilih untuk duk dalam bilik order room service ataupun lupakan saja niat nak makan lalu terus tidur.. Tapi set aku tak; sampai di lobby, dapat kunci bilik, tanya front desk kat mana ada kedai still bukak -- "Okay, 10 minit turun eh."
So naik cepat cepat, taruk barang, tukar baju cam pelesit, kencing sat pastu turun!
Memang semua orang turun, kecuali Captain.. (Co-pilot memang kaki jalan, aku tau dah sebab kitorang nitestop KHH sama last month.)

Alhamduliilah, malam tu Leading aku belanja kitorang makan.. Macam tau tauuu je aku memang sengkek abes. Actually gaji dah masuk aritu, tapi aku pun belum sempat gi ATM. Alhamdulillah lagi, gaji masuk awal...
Pastu kitorang jalan balek ke hotel sambil plan esok nak brunch apa..

Pagi esok, kul sebelas kitorang jalan jalan carik nak makan apa. Kali ni Captain ikut sekali. Aku, co-pilot ngan dua stewardess tapau nasi kerabu kat stall pastu rendezvous ngan yang lain kat restoran. (Captain tak makan kat stalls kot.. pfft!) Nasi kerabu, co-pilot belanja.. Air ngan lauk tambahan kat restoran tu Captain bayar.. Alhamdulillah...

Petang tu kitorang fly KBR/KUL/KCH lak.. Tuka dah tech crew.
Alkisahnya, Captain kali ni landing entah cemana ntah.. boleh tahan kuat la hentaknya. Dah keluar kapal malam tu, stewardess aku yang sorang ni dengan tak segan silu pegi gurau sama Captain kata bisul dia pecah sebab landing tu. hahaha. Dengan Captain baik, kau bole la gurau camtu eh...

So malam tu kitorang ramai ramai keluar makan lagi.. Aku layan sotong penyet ngan pisang goreng cheese. Captain ni lak belanja.. Mungkin sebab rasa bersalah. haha! Apa apa pun, Alhamdulillah..
Plan brunch sama lagi esoknya..
Kul sebelas pagi dah kenyang mee kolok. Tak sempat Captain nak kuar duit, steward aku dah gi baya diam diam.. Murah rezeki sorang sorang. Air, Captain tak sempat pape dah hulur cepat cepat.

Flight untuk third day cuma KCH/MYY/KCH.
Balek tu pun tuka baju, terus keluar sebab nak jalan jalan kat The Hills kejap. Tengok tengok barang sikit tapi tak beli apa pun. Kul 7:30 dah jumpa yang lain kat tempat makan.. Malam ni baruuu lah keluar duit sendiri..

Esok tu balek KL empat sektor; KCH/BKI/SDK/BKI/KUL.
Bapak letih, dengan flight full nyee.. Banyak kerenah semuanya. Tapi entah kenapa kitorang pun good mood je. Aku siap kene marah ngan pax yang sorang ni sebab katanya aku tak kasi dia air lagi.. bebel ntah pape la dia, sampai kan pax yang sebelah dia suggest kat aku suh kasi dua kotak air kat orang tu terus. hahaha! Dah aku terhibur kat situ walaupun kene bebel.

And sempat pulak ada pax kasi message ni kat aku;
hahaha takleh blah..
Dahlaa bukan aku pun yang serve dia time service. Tetiba je..
And kat penghujung flight tu, ada pax lain lak hulur duit kat Leading on the way dia keluar sambil cakap, "lunch is on me.." Ewahh! Dapat lah kitorang RM 20+ sorang.. Cover balek duit makan aku malam sebelum tu! hahahahahha Alhamdulillah...

Some days I can't help but feel.. dilindungi Tuhan. hahahahha! Trust me to romanticize things.. Tapi ye lah, time aku sengkek yang amat, time tu la pula adaa saja orang tolong hulur. Alhamdulillah sangat.. Dan flight yang ala ala siot pon aku end up terhibur. I feel so lucky and blessed..

Roster bulan depan tak memberangsangkan, tapi aku still bersyukur.. Aku masih ada kerja. Aku masih suka kerja aku walaupun ada malas tu kadang kadang. Ada lima malam kat Kuching next month. Muntah darah bila difikirkan, tapi tak apalah.. Aku patut fikir positif buat masa ni. Timing cuti aku sedap je -- Dida plan nak pegi Singapore lagi. hehe! And I am rostered for Haneda. Alhamdulillah.. Walaupun short stay, sempat la merasa sebelum B777 amek that route.
Nantikan kedatanganku, Hard Rock Cafes! Akan ku jajahi semuanyaaa! bahahahhaha!!

Aku kena tuka duit cepat cepat so aku tak terbelanjakan.. hehe..

Thursday, October 20, 2011

I'd forgotten..

5comments
..The last time I really really felt poor.
Okaylaa.. I probably used that word a few weeks ago, tapi haritu punya sengkek tak seteruk kali ni. Duit kat tangan tak sampai lima puluh ringgit, kat both Maybank and CIMB; even collectively tak sampai seratus! Lepas tu esok start four-days trip.
Sedih.
Ada la kan duit yang aku sorok sorok tu, tapi.. I'm really hoping not to touch it!
Tapi mampu ke aku bertahan untuk tak sentuh duit tu sampai gaji masuk? Soalan paling penting, cukup ke duit aku untuk pegi trip empat hari ni? Takkan aku tak sekali pun keluar makan, kan?

Alkisahnya, mungkin aku terlebih belanja bulan lepas.. Gara gara membayar bil credit card bulan lepas, duit aku ala ala cukup makan je to sustain me 'til the next pay day. But I guess I overlooked my bank statement. Rupanya duit yang ala ala cukup makan tu, belum tolak lagi duit insurance.
Maka pada malam tiga belas haribulan selepas aku withdraw RM100 dari CIMB haritu.. terkejut beruk sat bila tengok balance kat resit tinggal RM43.30.
Hmmmmmph!

Selepas kejadian tu aku masih tenang.. I know I had another two hundred in my Maybank.
And yet bila pagi tadi aku tengok M2U, balance tinggal RM80 -- WHAT THE HECK IS GOING ON?!!
Lalu aku pon tengok lah Account Details...
So.. I bought something online a few months back but the item was backordered. In the case where an item is backordered, usually the store is pre-authorised to debit the amount once the item is available and shipped.
SEKARANG LAH KANNN KAU BARU NAK AVAILABLE?! Syialan..
Hmmmmphhhhh!!!

It is all bad timing, really. Dida reckons that I suck at managing my money, but I don't think so. I know how to control my spending. I wouldn't have spent as much last month if I know that I couldn't afford it -- but I can. And as for the overlooking my insurance; the auto-debit was on a later date last month.. that's why I overlooked it. The pre-authorization? Manalahh aku tau dia nak tolak bulan ni pulak kannnnn?
Adoi.. Wrong timing.
Anyway, lesson of the month? Lain kali jangan tinggalkan duit cukup cukup makan je.. pfft!

It's been a good day, by the way.
Encem left for his trip but I wasn't left alone for long. I'd spent the day with Ablen after sooooo long not seeing him. Made me miss the Original Members. hehe. Rindu zaman melepak ramai ramai with MY friends. I guess these days I only hang out with people who are also friends with Encem -- or really, Encem's friends! It's been such a long long time since I met up with MY friends.

Nothing wrong with hanging out with Encem's friends, tapi kadang kadang tu terasa bosan.. I'd feel like an outsider. They share a history and speak in a different language. I don't necessarily feel comfortable, mostly sebab aku rasa macam penyebok. Kemana Encem pergi, ke situlah juga aku ikut. Not exactly the sort of girlfriend I want to be, really.

So, thank you so so much Ablen for asking me out! The timing -- was PERFECT. hehe.

Semalam lak pegi Muar untuk sambungan Tea & Coffee Program haritu! It was a really good trip. I felt like I learned something -- langsung tak macam pegi BOH haritu.. pshh! Perhaps being a coffee-lover made the difference, but I'd say that it was the host! They were an awesome bunch of people!
I'm really really glad that I signed up for the program. I've got an email to write of the trip, but alahai malasnyee.. Maybe once I get back from work.

Friday, October 14, 2011

Heart is so Jetlagged.

2comments
In the mood of listening to cheesy songs.

Anyway, back to work. My holiday felt really short. My sister was irked with me most of the time because it was pretty hard to get me to stop watching the telly. Haha!
I don't know.. I guess these days my idea of a holiday is simply to chill.. Do what ever I felt like doing.
Unfortunate for her that I just happen to want to be a couch potato on our holiday.

Of course eventually I decided to leave the room and join her under the sun. I would say that it was a well-earned holiday! I got my rest.. A funny looking tan-line.. And yeah, our mandatory jumping pics! Bahahahaha!

The nights were spent under the full moon.. My favourite parts, really. I don't know why but the moon always makes me think.
Dan disebabkan aku lupa diri, golek golek atas rumput lak, akibatnya naik rashes. Pshhhh!
My skin's getting really sensitive lately! Sucks.

Oh. Hmm.. Feeling the need for inspiration now. I miss writing about things in general rather than what I've been up to. Sounds real vain! Hahahaha..
If you actually know me in real life, you'd realize that I don't speak of half the things that I write in here..
So unnecessary...

Sent from my BlackBerry® via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, October 04, 2011

#crewlife

8comments
Kompilasi minggu ini, hasil kerja aku dalam empat hari.. (yang aku teringat lah!)

W: What would you like to drink sir?
Pax: Do you have like cappucino....
W: I wish sir, but I'm afraid we only have plain coffee.
Pax: Alright then, coffee.

-----

Pax: The cabin is too cold.. Call the captain and tell him to adjust the temperature. I don't want to get sick.
W: ...sure *jalan laju laju ke galley untuk mengumpat sama Leading*

-----

W: *senyum ikhlas mesra* Good afternoon.. Today we are serving Fried Rice with Prawns Sambal and the second choice is Roti Putar with Chicken Curry.
Pax: *pikir pikir pikir pikir* Nasi Lemak?
W: *masih senyum* No sir, we have Fried Rice..
Pax: *discuss jap ngan member sebelah* Noodle?
W: *ketap gigi* We have Fried Rice and Roti Putar sir..
Pax: Fish?
W: *mata terbeliak sikit sebab tahan daripada menjeling* The Fried Rice is with Prawns and Roti Putar is with Chicken.
Pax: mm.. no noodle aa?
W: *suara sudah garang sikit* No noodles sir, just Rice and Roti Putar. Which one would you like to have?

dan bila dia ngan member dia dah decide, aku tengah pass makanan kat dia..

Pax: No noodle..?
W: No. *kasi makanan dan terus paling pandang pax lain..*

-----

W: Encik, harini kita ada Nasik Goreng ngan Sambal Udang, dengan Roti Putar ngan Kari Ayam..
Pax: Awak rekemen yang mana ye? Mana lagi sedap?
W: *takde mood sebab pax tadi* Dua dua pon biase makan, pada saya dua dua tak sedap.

huhuuu.. aku memang suka hati. Sungguh aku takde mood melayan pakcik pakcik yang lain macam friendly nye.. (Before service this pax dan rakannye memang sebok nak ajak aku berbual.. macam aku takde menda lain nak buat!)

-----

Kapal light load, time service kitorang keluar dua orang jaga satu cart. Aku distribute makanan, stewardess sorang lagi distribute air.. So stewardess sorang lagi tu lagi senang nak capai drinks.. Tengah kitorang nak buat collection dah;

Pax: Hello, one more Pepsi.
W: *rasa berbulu sebab dipanggil 'hello' tapi abaikan saja* sir, you can ask from my collegue.. *senyum*
Pax: *schweet schweet bunyik tikus ala ala rempit panggil pompuan lalu lalang*

Note, passenger ini adalah passenger yang sebok buang masa aku tanya pasal noodles tadi.

Sekian, wassalam..

 

Thoughts by The Uninspired. © 2014

Blogger Templates by Splashy Templates