Friday, May 25, 2012

Kisah 43 Ringgit.

Alhamdulillah gaji dah masuk.
Aku yang gatal ni haritu pegi keluarkan duit dari dalam bank, so dalam akaun ada 42 Ringgit camtu. Dalam purse ada 43 Ringgit, duit selebihnya ada dalam Moleskine. (Aku suka selit duit dalam buku, please jangan rompak!)

Al-kisah, pagi tadi dalam penuh kegeraman aku pegi airport untuk collect airport pass.. Sepatutnya pegi ngan Encem tapi dia takmo bangun dari tido. pffft!
So, teksi; RM8, ERL; RM15, airport pass; RM17.
Dengan tinggal RM3 dalam purse, aku doa doa ada lah RM10 notes kat ATM sambil menyumpah diri sendiri sebab keluar rumah tak bawak duit selit selit tu.. (Gaji kat Maybank dah masuk dah tengahari tadi, tapi aku CIMB so kebiasaannye petanglah baru masuk.)
Naseb baik ada, aku withdraw RM30.. lepas lah untuk naik ERL balek. And naseb baik jugak Bestie baik hati datang pikap dari Bandar Tasik Selatan.. heehee!

Alhamdulillah jugak semua urusan yang aku nak buat since awal bulan dah selesai;
1. collect airport pass,
2. update buku ASNB -- which is actually "Akaun Remaja TING".. hahahha! Ada since lepas Darjah 6, tapi langsung tak penah masuk duit, rekod pun masih ikut nombor surat beranak! hahahahha! (Surprisingly aku maseh ingat nombor surat beranak walaupun sebenarnya aku skarang banyak lupa benda),
3. report pasal kad Touch n Go aku yang di top up, tapi tak masuk walaupun dah kene deduct from akaun,
4. blablablaa.. cerita pasal kat bank lagi..
5. manicure-pedicure!! muahahahahha

So yeah, dari lima benda, cuma satu je yang tak official!
Rasa macam adult sangat harini.. Highlight of the day, dua strangers yang interact dengan aku arini teka tepat profession aku. Sorang mamat booth Digi tengah nak promote latest package kat area nak amek aiport pass, so takdelaa hebat sangat kan dia teka.
Sorang lagi pakcik customer service kat CIMB. Soalan dia simple je;
"Harini tak keje ke?"
W: tak, off day..
"Keje flight stewardess ke?"
W: ...ha ahh
"Nampak, dah tau.."

Hmmmmmm.. aku pun tatau la apa yang dia nampak. Aku pakai oversized tee, jeans ngan sandal. Mekap pun eyeliner bodo je, rambut aku semak ikat simpul tak bergetah. Kuku okaylaa, berwarna since memang baru je lepas buat. Tang apa yang dia nampak? Aku nak jugak tau, tapi tak pulak aku tanya..

Lately aku asyik terfikirkan leading yang buat aku gelak kuat aritu. Rasanya bukan sebab aku minat dia.. tak kot? hahahahha! Entahlah. Mostly aku just hoping dapat fly ngan dia lagi so aku rasa seronok bekerja. Or mungkin juga sebab aku janji nak kasi dia something. hahahahha

Haritu tiga hari trip, aku sorang pompuan.. sorang steward senior, sorang batchboy Cik Amyan, sorang lagi baru fly sebulan..
Kesian si senior kene banyak bersabar since the first two days tu aku maintain depan. Lepas dia komplen komplen baru lah last day aku keje belakang.
One thing aku notice pasal bebudak baru ni.. diorang ni extra extra EXTRA berani.. not in a good way. Aku tak nafikan, memang aku budak skema, take off ngan landing; silent review since day one sampai sekarang. Tapi yang sorang ni, first day dah tuding kat salah satu equipment dalam aircraft and tanya aku apa tu. Ayoooooooooooo!

Aku rasa out of place bila kat smoking room, aku dikelilingi crew senior while diorang tengah komplen pasal crew baru dalam set diorang. Aku rasa tak layak nak mendengar lagikan menokok tambah..
Tapi sekali terdengar nama budak yang aku penah fly sekali and proven to be bermasalah, aku tak dapat nak berdiam diri. HAHAHAHAHHAHAHHA!! Yes yes, aku pun ikut mengumpat. Ntahpape ntah!
Baguslah bulan puasa takleh merokok. Kurang jugaklah aku mengumpat nanti. heehee.

Actually bila banyak crew baru buat hal, aku jadi risau.. Leading skarang banyak yang best, sempoi.. Aku risau ada nanti yang kene pijak and diorang jadi lain.
Dah tiga tahun dengan company, maseh banyak lagi Leading yang aku tak penah nampak pun sebenarnye.. So yeah, risau..

Anyway, birthday Encem bulan depan.. aku maseh tatau nak kasi dia apa. Well, actually haritu dah decided, tapi sebab dia buat aku menyampah siang tadi, terus aku tatau patut ke aku kasi apa yang aku plan nak kasi tu. hahahahha!
Ah, it's so apparent that I am ruled by my emotions.

Oh! Haritu masa aku kat Shah Alam, keluar ngan Dida gi karaoke sampai LIMA JAM!! wahahahahhaha!! Yes yes, kami memang melampau. Tapi sangat puas hati ye. Karaoke dua orang, sampai lagu yang tak penah nyanyi pun tetiba nyanyi..

Dua hari lepas aku tengah berjalan ke arah bay dalam terminal, tersempak ngan muka familiar.. Dia pun recognize aku, lambai dengan penuh mesra. Aku tanya dia nak kemana, dia reply;
"Bangalore lah, mana lagi?"
hahahahahhahaha!! Aku pun tatau la apa aku buat sampai passenger dari flight entah bila ntah boleh ingat aku. Selalu sangat ke aku buat flight Bangalore? hahahahha! Kalau next time dia ada dalam flight aku, I better remember his name. Tak aci lah aku just ingat nama mat saleh haritu je.

Oh ohh!! And for the first time dalam flight aku ada ex-schoolmate from sekolah menengah!! Siapakah?
IMRAN!!!!!!!!
Haaahahahahahhahahahahha!!
Aku dah ternampak dia dalam line nak masuk kapal. Aku perati betul betul gak, takut tersilap orang. Skali bila dia dah kat depan, dia yang cakap, "dah lain eh skarang.."
Aku tatau la apa respon sebaiknya untuk komen camtu, aku just cakap, "kaannn.." hahahha! Tak reti aku nak ala ala mesra sedangkan time skolah pun barely bercakap.

Sungguh aku kadang kadang masih pelik cemana aku boleh jadi cabin crew..

4 comments:

DORAWANTAN said...

wanie! ko jumpa imran yek? hahahaa... mesti blur kan ape nak respond with that sort of question?

but i do concur with you...kat skola barely tegur tapi nowadays bila dh mesra alam, tak tau nak ckp ape plak....

and ohh... mmg laaa ko dh lain... you're damn hot ok! org lain dh kembang2 beranak 1, ko jer maintain slim shady.... benci tau...

Sweetpea Witch said...

hahahhahha
hot.. memang tak laaaahhhh!!! grrr

amyan.ms. said...

babeee, lama gila tak bukak your blog! hahahah :D omgg kena komplen? whyy? now I'm worried? :S

aaand who's the leading? ececehh :P

Sweetpea Witch said...

mm attitude mostly..
that's why I penah bagitau you, attitude kene jaga. hehe

as for the leading tu.. nanti kalo kita terjumpa anywhere, I'll tell you. :P

Post a Comment

 

Thoughts by The Uninspired. © 2014

Blogger Templates by Splashy Templates