Wednesday, September 14, 2011

Aku dan demam panasss.

(tiada dalam gambar; ubat batuk jenis cecair..)

Orang kata bila kita sakit, Tuhan ampunkan dosa dosa kecil kita.. Betul ke?
So kalau aku dah sakit since Raya kedua, apa maksudnya? Dosa aku banyak sangat sampai tak terampun dalam masa dua tiga hari? Dah Syawal ke-16 dah, ini aku tak kira time aku start dengan batuk time Ramadhan!

Okaylaa, aku jugak degil sebab taknak jumpa doktor. Siapa suka jumpa doktor kan? (Unless boyfren/girlfren korang doktor laa.. ataupun korang harapkan doktor tu bakal jadi boyfren/girlfren korang!) Lagi lagi dengan profession aku ni. Diorang tengok logo depan medical book aku je, diorang bajet aku nak mintak mc sebab malas keje. Memang bikin hati gua panasss. (terkeluar gangster kat situ.)
Jadi seperti biasa, selagi aku tak rasa sakit macam nak mati, memang aku takkan tunjukkan muka aku kat klinik.

So kelmarin baru lah aku pegi jumpa doktor.. Klinik biase aku adalah Klinik Anis kat Seksyen 3, Shah Alam. Itu memang klinik aku lah! Sejak aku kecik aku pegi situ, kad rekod aku dah kaler kuning kuning dah punye lah lama dah wujud.. Doktor yang bertugas, Dr. Asvinder kot namanye. Punye tere dia ni, aku cakap aku demam dia tanya aku patut fly mana.. Aku jawab Miri, dia kata "Alaa dekat je.." (Dekat dekat pun, pikap aku pukul 0530, duty end time adalah 1405.)
Lalu dia letak strip ala ala nak tengok power battery banyak lagi ke tak tu kat dahi, dan penuh terkejut bunyiknye dia cakap, "Oh, you demam!"
Aku pun reply, "Abestu you ingat I berlakon kee??"
Pastu dia tanya aku bila last mc... aku flip medical book aku yang berada di depan DIA dan jawab, "March.. Allergic amenda ntah.."
Nak tau apa dia respon lepas tu?
"Buat laa allergy test.. 1500 je.."
Ada dua tiga kali gak laa dia mengiklankan allergy test yang bernilai RM1500 tu kat aku.

So anyway, aku pulang dengan ubat demam, antibiotik, selsema, kahak, batuk dan mc untuk sehari.
Terima kasihlah Iqbal kerana sudi menjadi pak supir pada malam itu dari Bukit Jalil ke Shah Alam dan ke Bukit Jalil semula..

Keesokkan harinya aku pulang ke Shah Alam atas saranan Mama yang risau sebab Encem kerja, so takde sape nak jaga aku..
Dah jadi cerita harini lak.. Patutnya aku buat flight Hyderabad, tapi sungguh aku tak larat. Badan baru ala ala nak kebah demam, tak ke susah nak baik kalau asyik dikerah tenaga je? Maka aku pun ajak Dida yang sesuka hati amek EL harini, untuk bawak aku gi klinik.. dengan harapan supaya aku dapat mc lagi supaya aku dapat berehat.

Doktor kali ni namanya Dr. Gowdh. Dia tengok aku, amek kiraan nadi aku sambil ambik temperature aku pakai electronic thermometer. (Doktor aritu tak sentuh pun thermometer!) Selepas berapa saat ntah dia tengok bacaannya; 39°C! Hahahahhaha.. tak sempat aku nak berlakon sakit, rupanya memang aku masih sakit! Ni paling best.. pada hari yang aku rasa macam ala ala nak kebah ni, suhu aku adalah 39°C!! hahahahaha! Aku tak tau nak cakap apa dah.. Time haritu aku rasa miserable abes tu suhu aku berapa?? 41°C??

So kesimpulannye aku memang terer demam. Takde nye nak demam sikit sikit. Kalau nak demam terus demam panas. Siap doktor ni cakap, kalau by esok tak elok lagi aku patut pegi Medical Centre untuk buat blood test! huhuuu.. Aku pon tak tau lak demam aku seganas ni.
Tapi semalam mimpi aku memang tak tenang laa.. dok terpikir Hyderabad laa.. tetiba ada pasal Pune laa.. Aku pon tak tau laa.. Naseb tak meracau dalam Hindi je..

Nak dijadikan cerita lagi, dalam dua hari aku call Duty Officer, dua dua kali aku bercakap ngan orang orang cibai. Entah apa masalah diorang ntah, jawab telefon pun lambat! Bila aku sebut "117" je nada diorang jadi lain. Macam laa aku ni kaki mc sangat. Ini first time aku mc flight Indian-route kot! I doubt diorang perasan la kan.

So anyway, I hope Karma will get their asses. Aku taknak doa specific, aku tak sampai hati. Kalau kalau memang aku ada tulah Raden ke Pangeran Jawa keee.. tak pasal pasal je. Aku memang pemarah, tapi rasanya belom lagi tahap busuk hati..
Also, kepada sahabat handai dan juga penumpang penumpang yang kurang bernasib baik, naik flight aku dari 31 Ogos sampai 10 September haritu.. harap maaf ye kalau virus virus aku dah termelekat kat korang. Sungguh, tak disengajakan..

2 comments:

s a L o m a said...

117 tu code report sick ke wey?patut lepas kau report sick kau kasi gelak kuat2 ala setan.baru tenteram jiwa.hahahahahha

lil^witch said...

Haha 117xxxx tu staff number.. Kira junior la walaupun ada yang dah fly dekat 3 tahun.. Sebab 116xxxx dah at least 6-7 tahun dengan company. Masalahnye 117 ni lama sangat dah.. Since 2008 (intake) and sampai skarang, budak baru start flying pon 117.

Post a Comment

 

Thoughts by The Uninspired. © 2014

Blogger Templates by Splashy Templates