Tuesday, October 25, 2011

Kisah Bisul Pecah.

#crewlife

Kelmarin aku balek dari 4-days trip yang boleh lah tahan meletihkan. Sector-wise, first dengan last day je yang buat kerah tenaga habis habisan. Tapi.. aku dapat lah pulak set yang kaki makan/jalan... Sekali sekala dapat one whole set yang sama wave length ngan kau, takkan kau nak lepaskan peluang, ye dak?

So first day tu, KUL/TWU/KUL/KBR.
Sampai Kota Bharu dah dekat midnite. Kebiasaan crew akan keletihan dan pilih untuk duk dalam bilik order room service ataupun lupakan saja niat nak makan lalu terus tidur.. Tapi set aku tak; sampai di lobby, dapat kunci bilik, tanya front desk kat mana ada kedai still bukak -- "Okay, 10 minit turun eh."
So naik cepat cepat, taruk barang, tukar baju cam pelesit, kencing sat pastu turun!
Memang semua orang turun, kecuali Captain.. (Co-pilot memang kaki jalan, aku tau dah sebab kitorang nitestop KHH sama last month.)

Alhamduliilah, malam tu Leading aku belanja kitorang makan.. Macam tau tauuu je aku memang sengkek abes. Actually gaji dah masuk aritu, tapi aku pun belum sempat gi ATM. Alhamdulillah lagi, gaji masuk awal...
Pastu kitorang jalan balek ke hotel sambil plan esok nak brunch apa..

Pagi esok, kul sebelas kitorang jalan jalan carik nak makan apa. Kali ni Captain ikut sekali. Aku, co-pilot ngan dua stewardess tapau nasi kerabu kat stall pastu rendezvous ngan yang lain kat restoran. (Captain tak makan kat stalls kot.. pfft!) Nasi kerabu, co-pilot belanja.. Air ngan lauk tambahan kat restoran tu Captain bayar.. Alhamdulillah...

Petang tu kitorang fly KBR/KUL/KCH lak.. Tuka dah tech crew.
Alkisahnya, Captain kali ni landing entah cemana ntah.. boleh tahan kuat la hentaknya. Dah keluar kapal malam tu, stewardess aku yang sorang ni dengan tak segan silu pegi gurau sama Captain kata bisul dia pecah sebab landing tu. hahaha. Dengan Captain baik, kau bole la gurau camtu eh...

So malam tu kitorang ramai ramai keluar makan lagi.. Aku layan sotong penyet ngan pisang goreng cheese. Captain ni lak belanja.. Mungkin sebab rasa bersalah. haha! Apa apa pun, Alhamdulillah..
Plan brunch sama lagi esoknya..
Kul sebelas pagi dah kenyang mee kolok. Tak sempat Captain nak kuar duit, steward aku dah gi baya diam diam.. Murah rezeki sorang sorang. Air, Captain tak sempat pape dah hulur cepat cepat.

Flight untuk third day cuma KCH/MYY/KCH.
Balek tu pun tuka baju, terus keluar sebab nak jalan jalan kat The Hills kejap. Tengok tengok barang sikit tapi tak beli apa pun. Kul 7:30 dah jumpa yang lain kat tempat makan.. Malam ni baruuu lah keluar duit sendiri..

Esok tu balek KL empat sektor; KCH/BKI/SDK/BKI/KUL.
Bapak letih, dengan flight full nyee.. Banyak kerenah semuanya. Tapi entah kenapa kitorang pun good mood je. Aku siap kene marah ngan pax yang sorang ni sebab katanya aku tak kasi dia air lagi.. bebel ntah pape la dia, sampai kan pax yang sebelah dia suggest kat aku suh kasi dua kotak air kat orang tu terus. hahaha! Dah aku terhibur kat situ walaupun kene bebel.

And sempat pulak ada pax kasi message ni kat aku;
hahaha takleh blah..
Dahlaa bukan aku pun yang serve dia time service. Tetiba je..
And kat penghujung flight tu, ada pax lain lak hulur duit kat Leading on the way dia keluar sambil cakap, "lunch is on me.." Ewahh! Dapat lah kitorang RM 20+ sorang.. Cover balek duit makan aku malam sebelum tu! hahahahahha Alhamdulillah...

Some days I can't help but feel.. dilindungi Tuhan. hahahahha! Trust me to romanticize things.. Tapi ye lah, time aku sengkek yang amat, time tu la pula adaa saja orang tolong hulur. Alhamdulillah sangat.. Dan flight yang ala ala siot pon aku end up terhibur. I feel so lucky and blessed..

Roster bulan depan tak memberangsangkan, tapi aku still bersyukur.. Aku masih ada kerja. Aku masih suka kerja aku walaupun ada malas tu kadang kadang. Ada lima malam kat Kuching next month. Muntah darah bila difikirkan, tapi tak apalah.. Aku patut fikir positif buat masa ni. Timing cuti aku sedap je -- Dida plan nak pegi Singapore lagi. hehe! And I am rostered for Haneda. Alhamdulillah.. Walaupun short stay, sempat la merasa sebelum B777 amek that route.
Nantikan kedatanganku, Hard Rock Cafes! Akan ku jajahi semuanyaaa! bahahahhaha!!

Aku kena tuka duit cepat cepat so aku tak terbelanjakan.. hehe..

9 comments:

s a L o m a said...

Wahhhhhhhhhhhhhhhhhh..best ada:

-set best2 yang x kedekut nak belanja makan
-pax yg appreciate kerja kau haritu
-pax yg gatai mintak fb.hehehhehehrheh

Roster aku keluar malam ni.aku malas nak kisah dah.janji gaji dah masuk.fligt esok2,kita enjoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!! :))

lil^witch said...

Hahahahha kan kan kaann?
Nama pun "keje".. Bila dapat set/flight bagus bagus patut syukur jee.. Orang lain kene ngadap orang sama hari hari, ngadap jem hari hari..
Syukur Alhamdulillah, kita "keje" terbang hari hari :D

(Mood positif nihh, esok lusa mungkin cerita komplen komplen lak! Hahahhahaha!)

Ashlee Azurin said...

airline mana dear??mana tahu satu batch dengan i dulu ke...or u cud be my junior...i benti jadi flight att ni year 2007.4 years dah retire.

lil^witch said...

hehe junior sangat ni haa.. baru join 2009 :)

Ashlee Azurin said...

narrow body ke???

Ashlee Azurin said...

2 tahun lebih tp u dah pg oversea kan??cepattt.....

lil^witch said...

D-Fleet; narrow body and Airbus (dapat lah sekali sebulan kalau bernasib baik..)

Ashlee Azurin said...

molek ler tu...u dgn airline mana??

Ashlee Azurin said...

molek ler tu...u dgn airline mana??

Post a Comment

 

Thoughts by The Uninspired. © 2014

Blogger Templates by Splashy Templates