Monday, January 10, 2011

Hoi letiiih!!

Dah keje lima hari straight.
Semua pun kena bangun pagi. And lima hari ni aku asyik kene maintain stewardess business class. Kenapa? Sebab akulah stewardess paling SENIOR dalam set aku.
HA - HA - HA!!
Serius kelakar bila aku yang paling senior. Kerja baru setahun setengah dah senior ke? Bayangkan budak Darjah 2.. dah kira senior ke diorang? hahahahha!
Tapi itulah hakikatnya.. Dah makin banyak budak baru sekarang. Haritu trip tiga hari memang nama aku lepas nama Leading. Terus PALING SENIOR crew dalam flight ye, terima kasih! Night stop semalam lak senior crews laki.. Junior bawah aku first month flying. Kesiaan dia.. Buat flight Phuket time kau budak baru lagi memang seksa. Flight time sejam lebih sikit je.. Tak menang tangan nak melayan orang putih yang nak makan/minum macam macam.

Aku rasa macam nak pesan macam macam kat korang.. Pesanan untuk korang yang bakal naik kapal as penumpang. Tapi malas nak menaip pulak! hahahha.. banyak sangat kot.
Oleh sebab itu, aku kasi ringkasan ini lah; senyum itu sedekah, and kat dalam mulut korang tak ada emas -- bila crew korang senyum, senyum lah balek. Bila diorang kata "selamat datang", jawablah balek "terima kasih". Benda simple yang tak makan lima saat tu goes a long way.

Percayalah cakap aku that bila crew happy, korang juga akan happy.
Aku faham korang dah bayar tiket, tapi korang tanya lah crew dari mana mana airline pun.. diorang akan cakap kewujudan kitorang dalam kapal tu first and foremostly is for safety reasons! Service comes second. Service with a smile is a BONUS.
Cuba korang senyum tanpa reason sikit, aku nak tengok!

Anyway, aku keletihan..
Esok buat Manila pastu aku nak tido puas puas!! Aku tak nak bangun selagi belum pukul 11! HAHAHAHAHA! Mimpi la kalau ada sesiapa ajak aku keluar.
Aku baru perasan aku dah lama gila tak makan ngan Encem. I know it sounds measly, tapi benda benda camtu penting kot. hmm.. Like I said in an earlier entry.. Bulan ni bulan lonely.
Benci!!
So skarang aku tengah melangut sambil tunggu dia balek dari keje. hmmph! Bosan!

6 comments:

Niz said...

alahai
tiap tiap penat
minum a tongkat ali
tongkat abu ke
baru bertenaga sikit
=)

tapi serius,
senyum tanpa reason
jarang orang buat
kan?

Niz said...

*tiap tiap hari penat

how come boeh tertinggal "hari"?!
ish.

idanina said...

hmm.. siannn wanie :(
bila2 free dtg seremban lagi ekk? ipah tu berkenan betul kat ko. neni lak kata ko cantikk :) u can't go wrong with this bunch of ppl! nnt aku latih anak2 aku nyanyi byk2 kat umah so that we won't be tortured thru the same song over & over again mcm aritu. sedih la tak sempat ilang rindu.. jasmin pun bengang korg tak lepak tido. mebi nx time laa
(notice tak i've combined comments for ur last 2 entries?)

lil^witch said...

Niz: itulaa kan, letih saja.. My mom pun sebok suh amek supplement ke apa..
But entah kenapa, dulu tak rasa se letih ni.. Roster mmg packed!

Kina: haha! Tak tahan aritu lagu Anuar Zain & Farhana sampai 3-4 kali.. Ala ala saiko gitu.
Dida ada cerita Jasmin marah.. Lain kali aku taknak datang dah! :P adeke patut marah. huh!
*merajuk*

idanina said...

alaa... jangan la marah. dia marah korg tak stay longer, bukan sbb datang. dia bengang kot geng rokok kejap sgt. kalao korg takde, mana mungkin aku nak teman dia rokok kat luar. korg datang, ramai laa awek temankan dia :P

lil^witch said...

hahahaha pasal geng rokok sajalah yee :P
aku cuti wiken cuma sehari sehari je lepas ni.. :(

Post a Comment

 

Thoughts by The Uninspired. © 2014

Blogger Templates by Splashy Templates