Dalam banyak banyak benda yang paling aku tak suka cerita, pasal kerja lah number one.
Tapi sebenarnya banyak benda kita sama sama boleh belajar dari experience. And since kerja aku ni banyak jumpa orang, aku banyak belajar pasal kerenah manusia ni.
Patut bila jadi cabin crew kita dapat diploma/degree sociology. By the time jadi IFS dah masters or PhD..
Aku actually tak suka nak generalize-kan orang, since I like to believe that every single person is unique. Tapi sebab dah jumpa banyak orang kan.. Setahun setengah dah flying.. Agak senang juga lah nak generalize orang.. to the point that it becomes a bit racist.
Contohnya macam pagi tadi.. buat peanuts+juice sector je ni, tapi sebab flight KBR.. aku sengaja letak extra extra kacang dalam bakul tu. Ada saja orang nak amek segenggam. Come on la, kalau korang mintak elok elok, takde nye kitorang tak bagi.. Amek segenggam tu over la.. (Pernah ada ambik siap dua genggam.. Agaknya kalau ada tiga tangan, tiga genggam lah kot)
Kalau famili travel ngan baby lagi satu. Famili Melayu sentiasa prepared.. Dalam bag tu ada dua-tiga botol.. susu dah siap.. Kadang kadang air panas dah ada pun dalam thermos. Patut la mak mak kita suka bawak handbag besa besa kan?
Tapi kalau Cina, kadang kadang tu siap susu pon nak orang provide. Seriously?! Mak cemana korang ni? Dalam beg beso tu ada apa? Rasa macam tak sayang anak pun ada.. Cemana kalau kitorang takde susu nak kasi? Korang biar je la anak korang lapar? Semua benda pun nak mintak. Playing cards lah.. Souvenir lah.. SEMUA pun nak.
India pulak.. baru je masuk aircraft dah mintak air. Kadang kadang tu siap nak potpetpotpet lagi cakap nak makan ubat. Ubat motion sickness ke encik? Just so you know, ubat tu kalau kau makan 30 minit before flight, tak jalan.. Kalau memang ubat sakit lak, tak ke pelik nak masuk aircraft baru nak makan?
Kan senang kalau kau cakap kau suka minum air? Aku tau dah korang suka minum air aircraft.. tapi kot ye pon sabo sabo ler.. Servis tak start lagi.. Priorities kitorang is on safety. Takdenye korang mati kalau tak dapat air sebelum take-off kan? Tak payah la nak tekan tekan call button tu.
Tapi seriously ni sume minor je. Honestly speaking, kalau aircraft tu ada ape yang passenger mintak, aku tak kesah kasi.. Bukan aku nak bawak balek pun. Tu bukan barang bapak aku, nak sesuka hati bawak balek..
Paling aku menyampah.. jengjengjeng.. Orang bawak beg besa masuk kabin pastu tak reti nak susun kat compartment! Lagi contoh dari flight pagi tadi; sorang pakcik ni, takde laa tua.. Paling paling 50s kot, jalan pakai tongkat. Badan besa, tegap, perut pun besa.. Jalan masuk kabin bawak trolley bag. Pastu dah sampai seat dia, dia diri tengah aisle tu pastu tunjuk beg dia. Aku pun cakap la elok elok, "kita angkat sama ye.."
Tapi end up aku angkat sorang! APAKAH?!! Dia diri situ pegang tongkat dia. Pastu aku pun dengan nada control sakit hati, "eh, saya pulak angkat sorang!" dengan senyuman manis yang tak ikhlas langsung. Dia pun sengih sengih ingat aku buat kelakar. Kepala hatok kau! Naseb baik beg kau ringan!
Take note ye bakal penumpang sekalian.. Kalau beg korang besa/berat atau korang pendek/sakit tak larat nak angkat.. SILA CHECK IN LUGGAGE ANDA. Senang cerita. Jangan halang aisle tu dengan beg korang pastu expect kitorang cabin crew nak tolong angkat je. Hari hari tolong angkatkan beg, korang ingat tulang belakang kitorang ni besi??
Tak ada dalam job description kitorang untuk angkatkan beg korang. Sorry, we are not bell boys ataupun khadam, terima kasih.
Just because muka aku still lepas kalau mengaku 21-22 korang ingat aku muda. Badan ni dah pakai 26 tahun dah. Korang tak tengok cemana aku jalan balik dari flight dua bulan lepas.. Aku nak gi toilet pun jadi malas.. Jalan bongkok je sebab sakit nak mampus, takde sape pun tolong.
Aku tak paham bila LELAKI suruh perempuan tolong angkatkan beg. Konon tak ego lah, tak malu nak mintak tolong.. Time time camtu tiba tiba tak ego. Dah pemalas tu pemalas jugak.
Just because cabin crew korang NAMPAK muda, tak semestinya diorang sehat 100%. Just because diorang tinggi lampai, senyum bila korang masuk, dia tak penah accident sampai sakit belakang.. Korang pandai bawak barang barang tu, tolong lah pandai pandai simpan sekali ye.
Rasanya tak silap kalau cakap the top two ailments of cabin crews are slip disc and depression.
Slip disc tu dah banyak sangat cerita. Depression pun.. ye lah, hidup lonely. Kau duduk ada housemate pun, cuti tak sama. Contohnya macam aku ni lah..
Haritu seminggu straight tak nampak kelibat Encem. Lonely. Bulan ni pun bulan lonely jugak. Bertembung camtu camtu je. Aku ni dah laa jenis tak bercakap, dengan sape laa aku nak mengadu kalau tak dengan dia?
Fed up pun ada. Rasa nak quit tu pun ada kadang kadang. Tapi aku ni bukan jenis keje-di-meja punya orang. Lagi depressed kot kalau tiba tiba kene keje ikut office hours. So redha je la.
Thankful pun sebenanye dapat keje ni. Sebab bila dapat passenger best, sopan santun, set crew gila, memang boleh terlupa pasal benda benda tak best previous passenger buat..
Anyway, dah 2011 dah pun.. Perasaannye masih sama..
Tahun ni belum ada resolution. Tapi seperti tahun tahun lepas, mari kita review balek resolution 2010;
"More on self-improvement and not about things I want to achieve or have. No deadline. No wishes. No wants. (Okay, maybe just a little.) But mostly just going with the flow without being pushed around by the current -- if that makes any sense at all.
I will lead a better life, choose healthier food, start an actual exercise routine.. even as minor as going up and down the flight of stairs. Have healthier thoughts and laugh more."
Expectation tahun lepas tak va-va-voom sangat.
Tapi yang pasti I didn't exercised at ALL! Konon je. Bab makanan tu, sihat sikit kot. Dah kurang makan fast-food (especially sejak pindah rumah and ban McD -- exception untuk Prosperity Burger sahaja)
Wishes and wants tu ada, tapi semua short term so dapat lah! Healthier thoughts and laugh more.. biasa biasa je kot. Biasalah, you can't really change who you are.
2010 banyak benda jadi kot. Or maybe sebenarnye tak banyak, tapi impact besar. Hopefully dah belajar dari kesilapan. Tapi entah lah, susah nak cakap.
Resolution 2011.. karang karang la pikir. Takde idea lah. Umur dah meningkat ni, otak dah makin realistic. Nak tulis dalam blog macam.. perlu ke? Tak menarik langsung. Yang pasti, walaupun hujung tahun ni umur jadi 27.. topik kahwin tu masih belom ada yee.. hahaha! So toksah nak tanya.
Sampai lain kali.. Anyway, entry kali ni saje je tulis in Malay. Kekok sebenarnye since I THINK in English.. (I know, I'm a snob.) Tapi saje.. one of. hehe
Oh! Kalau korang suka baca blog cabin crew.. this one is my favourite; it's of Malaysian in UAE.
Have a good year, everyone!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
well,mmg menyampah kalau ada passenger yg tak reti bahasa... bawak luggage besar..pastu seret,jln slow2..pastu tertonggeng2 nak angkat ke atas..alasan taknak check in luggage,takut beg rosak kena campak2..
aku rasa kalau aku jadi crew, musti abis aku campak beg2 tu ke luar.. hahahaa
i pun actually kekok reading your blog in malay, haha! but still, this is something else ;)
faryn: hahahaha.. memang best kalau boleh je buat camtu.
the thing is, kalau ground staff buat kerja diorang, takde la kitorang kene deal dengan beg beg ni semua. sepatutnya SATU cabin bag je pun allowed per passenger.. tapi sebab ada laa orang yang tak buat kerja, kitorang yang jadi mangsa.
cik amyan: HAPPY NEW YEAR!!
I've decided kalau nak kutuk orang, lagi best kalau kutuk in Malay.. hahahaha :D
wow.. lme tak menjenguk blog wanie nih.. tetibe ade ur blog in malay... nice~!!.. >,<
Post a Comment