Saturday, April 16, 2011

Annual Ritual.

Haritu memang harapan lah aku nak gi jogging kan..
Bestie pun tak bangun agaknya..

Anyway, weekend lepas memang weekend yang best untuk aku. Entah lah.. rasa macam dah lama kot aku tak rasa "puas".. contented with life, walaupun untuk sekejap.
Sabtu aku spend dengan kawan kawan rapat aku.. Ahad lak aku ber-ritual ngan Dida, and siap singgah umah Kina kat Seremban lagi. Quality time with my favourite people. *Like*

Oh, ritual yang aku maksudkan ialah pegi tengok F1..
Boleh kata every year jugak la kitorang pegi. Tahun yang kitorang tak pergi adalah tahun Dida kat Europe.. or kitorang dua dua kat Europe. Ada lagi satu kot yang kitorang tak pegi tapi aku tak ingat kenapa.

ps: kalau korang pegi F1 bila bila.. makan/minum kat situ bapak mahal! So make sure korang dah makan dan minum sebelum masuk, diorang akan check bag. Tapi bila race dah habis, haa.. berbelanja lah puas puas! Gambar CBTL Ready To Drink tu; kitorang beli dengan harga "two for 5 Ringgit!" Bapak murah!

Seminggu aku tak update blog rupanye..
Tak ada masa. Roster tengah packed. Lepas weekend lepas aku ada 3-days trip, pastu single nightstop. Ni lepas weekend ni pun sama; 3-days trip then single nightstop. Paling best, aku tengok master roster pastu find out yang trip kali ni aku akan fly ngan Sang Hanjeng. Jadi rakan rakan, tolonglah doakan kesihatan dan keselamatan aku untuk hari Isnin sampai Rabu ni ye. Aku sangat sangat hargai/perlukannya.

Aku bukan apa, aku ni jenis kalau orang carik pasal ngan aku, aku carik pasal balik. Orang treat aku baik, aku baiklah ngan dia. Orang treat aku kurang ajar, patut ke aku nak treat baik?? Tak kan? Gila kau!
Memanjang la aku silent review gamaknye.
Aku tak macam si Kera yang boleh marah diam diam.. Bila berdepan dengan orang tu, dia boleh berlakon mesra. Dia lagi sesuai jadi cabin crew actually. Aku ni terlalu beremosi.

Anyway, dalam seminggu ni banyak menda kot jadi.
Haritu aku komplen dah lama tak tersempak ngan Mami time nightstop; bulan ni sampai dua kali aku jumpa dia kat Kuching! *Like!*

And Rabu lepas, genaplah dua tahun aku join kompeni.. Bond dah habes! yayy! Lepas ni kalau aku nak carik keje lain, aku tak kene baya pape..
Dida haritu suruh aku try kompeni lain, aku tak tau nak cakap apa.. Actually, logically memang aku patut try tukar angin. Fakta fakta depan mata menunjukkan bahawa tak salah untuk aku tukar angin..
Tapi entah lah.. Aku tak boleh nak pegi mana mana tanpa rasa macam aku sebenarnya melarikan diri and buat masa ni, memang aku tak rasa nak lari kemana mana.. err.. Make sense ke?

Moleskine dah kuar products baru lak dah.. Tertekan aku. Gaji masuk lagi 9 hari, duit dalam bank tinggal RM 100! Selalunya aku tak ada laa boros macam ni. Gara gara tukar specs/contacts baru la nih.. Memang ler aku sendiri ada belanja kat benda yang aku tak perlu beli, tapi sebab specs and contacts, gedebushh RM 300..
Apa lagi aku beli bulan ni eh?

Okay lah, aku tak tau dah apa nak update kat korang. Dah laa entah kenapa rasa mengantuuk je ni. Maybe sebab sepanjang harini hujan/mendung kot! So dah alang alang, baik aku tido je terus kan? Kalau tak, tak sudah aku komplen pasal takleh tido..

0 comments:

Post a comment

 

Thoughts by The Uninspired. © 2014

Blogger Templates by Splashy Templates