Sunday, April 10, 2011

Mumu tunang!

Aku rasa kitorang yang pergi tunang si Mumu macam.. err.. konfius kot. Aku honestly asyik kena ingatkan diri sendiri yang "Mumu tunang.. Mumu tunang.. Mumu tunang.." sebab kalau tak, aku automatic terfikir Mumu kawen!! hahahahha!
Ye lah kan, biase orang tunang mana ada jemput kawan.. Or even pasang khemah depan rumah.. Kan? Aku pun tak ingat lah cemana Kina tunang dulu.
Tapi aku agak pasti time Kina tunang tak ada "ala-ala pelamin"! Sebab kat umah Mumu tadi ada "ala-ala pelamin"! hahaha! Aku panggil "ala-ala pelamin" sebab dia memang pelamin.. tapi pelamin for one, boleh? Macam boleh je bersanding kat situ tapi sorang je lah! kikkiki!
Sungguh aku asyik konfius tadi.

Congrats Mumu! Dah one step closer jadi.. err.. Jadi apa eh?
Tak aci nih.. Mumu kenal bakal laki dia lagi lambat dari aku kenal Encem tapi dia dah tunang dulu.. hmmm.. Jeles ke mek? *tanya diri sendiri*
Sikit kot.. Sikiiiit je.. Sebabnya, aku suka cincin! Nak cincin pliss!! HAHAHAHAHHA! Dalam banyak banyak aksesori pompuan, aku memang suka cincin kot.

Anyway, tadi kitorang konvoi berenam. Aku suka bila dapat can melepak ngan kengkawan rapat aku from training. Sempat nak debate ngan si Adi lagi..
Bestie suka cakap aku Ted Mosby sekarang. Ted Mosby; character from How I Met Your Mother. Kalau korang tak tahu, aku ni jenis suka betulkan grammar orang. Sorry kawan kawan; kalau kau Superman and kau ternampak kawan kau nak kena langgar ngan lori, korang mesti lah akan try selamatkan, kannn?? hahahha!
Kalau aku dah tau, tak ke lebih afdhal kalau aku tolong betulkan? Aku rasa responsible kot.. aku tak tau cemana nak explain. Aku tau annoying bila ada orang betulkan grammar kau, tapi aku rasa lagi teruk kalau aku biarkan..
Tapi disebabkan aku asyik dipanggil Ted Mosby, (Luqqy pun ada mention kot aritu..) aku akan cuba untuk abaikan bad grammar korang semua. WAHHAHAHAHHA!!
I am such a snooty, deal with it!

Melepak kat umah Mumu tadi tak lama kot. Duduk, lepak, makan, amek gamba, salam parents Mumu.. (Mumu.. awak cerita apa kat ayah awak? Cemana dia tau nama sayaa??) pastu dah.. kitorang (except Adi) pegi jalan kat Pyramid pulak. End up melepak kat Starbucks sampai dekat pukul sebelas! Gilo!
Lama gila kitorang lepak borak tadi! Borak pasal apa, aku pon tak tau lah.. Cepat je masa berjalan.

#crewlife!
Haritu aku buat flight MLE keje kat depan.. Passenger profile: CINA MAINLAND!!
aiyakk!! Longgar lutut aku bila berdepan dengan satu group diorang ni. Nak landing baru nak mintak teh. chet! Aku pulak automatic la explain dah nak landing, so aku takleh buatkan air untuk dia.. kalau nak air mineral aku kasi la..
--"HUHH?"
Adohaiii....
Ulang lah balek explanation yang panjang lebar kat dia.. benefit of a doubt lah, maybe aku cakap laju sangat kooot.. or maybe dia kurang dengar apa aku cakap, so kali ni aku tunduk lebih sikit bila cakap kat dia..
--"OK water water.."

Honestly aku tak tau mana lagi teruk; orang tak paham bahasa ataupun orang perasan terer.. (I-yem-a-lawyerr!)
Ada aku kesah kau lawyer ke doktor?
Kalau kau hebat, kenapa kau tak terbangkan kapal sendiri? wekkk!
Tengok macam John Travolta.. aku rasa dia tak perlu pun cakap kat orang "I'm an actor!" tapi rilek je ada kapal terbang kat belakang umah.

Okay, aku dah menyimpang.
Nak kene tido dalam masa terdekat nih. Kononnye nak jogging pagi nanti -- kalau ikut plan, dalam masa dua jam je lagi! kikikiki!

4 comments:

s a L o m a said...

aku ada kawan sebijik macam kau yg suka betulkan grammar aku,english aku..aku tak kisah.sebab,ye lah.dah kata kawan kan?takkan nak bagi orang lain gelak baru kau terhegeh nak betulkan!

incik travolta sangat ada karisma..aku rasa teruja je tengok dia pi mana2 bawak ac sendiri

lil^witch said...

wow! pantasnya cik saloma komen..

m.u.r.n.i said...

muahahaha...firstly...thanx for coming...mmg sy tunang bkn kawen ok...mungkin jua meriah semacam sbb saya sorang saja anak pompuan dan sulung lagik...dh rezeki saya tunang dulu...jgn lupa saya kawen bln 12 nih...hehehehe..xperlu jeles2...rezeki masing2...

bapak saya tau la kita pnh dok serumah dulu...mcm tu juga bapak saya igt mimi...kn ada jumpa masa kita grad...

lil^witch said...

hahaha saya lupa dah penah jumpa parents awak time graduate.. dah dua tahun la katekan.. kikiki

Post a Comment

 

Thoughts by The Uninspired. © 2014

Blogger Templates by Splashy Templates