Saturday, March 19, 2011

Pulang dari keje..

Alamak.. Saloma cerita pasal time dia interview laa..
Terasa nak join sekali. Boleh?

Okay, kalau korang nak tahu.. aku gi interview dua kali actually.
Sekali tu.. aku ala ala pegi tanpa pengetahuan orang tua aku. So mungkin tak berkat la kan, tu yang tak dapat tu. Or mungkin jugek sebab aku selamba je pegi dengan pakai spek. hahahha! Aku memang suka hati.
Bila interviewer tanya kenapa aku tak datang pakai contacts, aku dengan senyum mesra jawab, "oh, it's a luxury I can't afford at the moment" hahaha! Almaklumlah, aku ni kan menganggur manjang time tu.

Tapi dalam comot comot tu, aku sampai gak la final stage.
Tapi first time interview tu, semua benda dalam satu weekend. Ada empat stage; empat empat stage hari Sabtu dan Ahad tu. Letih tau. Ramai orang! Kau kena tunggu turn bagai..
So by the time fourth stage, memang aku dah tak ada mood nak bercakap. Honestly, aku tengok muka interviewer tu pun buat aku letih. Mana tak nye, langsung tak mesra! MH my ass!

So bila aku dapat email seminggu lepas tu kata aku tak dapat, aku tak ada laa terkejut sangat. Memang fourth stage tu sangat hampehh. Expectable, tapi aku still kecewa. Ade laa macam tak hingin dah try jadi cabin crew. Kalau aku kena reject awal awal lagi, aku senang sikit nak terima. Ni dah sampai final koot.. hmmph!

Anyway, beberapa bulan lepas tu keluar iklan lagi. Time tu aku dah merajuk dah, tapi satu famili aku suruh try lagi. So.. berkat? hihi.
Kali ni interview dia lain sikit. Masa aku datang pagi tu, nampak semua pompuaaan je. Rupanya hari Sabtu tu memang dia interview pompuan saja, laki kena datang hari Ahad.

First stage, sesi suai kenal. Ada tiga orang kompeni, dan enam orang hopefuls. Time ni dia just suruh kau cerita pasal diri kau. Aku cerita benda biasa je la.. asal mana, hobi.. Pastu kebetulan la kan, interviewer sorang hanta anak dia kat skolah Section 9 Shah Alam. Aku pun, alamak! Section 2 ngan Section 9 dulu enemies! Biase la kan, bila ada game bola ke apa.. study-wise pun. Aku pot pet pot pet je la ntah hape merepek time tu. Bila tanya hobi lak aku cerita pasal blogging. Maybe nasib jugak kot, interviewer yang sama tanya aku pasal cemana nak set up blog.
End up memang aku sorang je yang banyak bercakap time tu..
And aku sorang je lepas pegi next stage.. Part tu aku tak seronok sangat sebab kesian kat lagi lima orang tu. Yang sorang tu pun actually sampai final stage gak last time dia pegi interview..

Second stage ni cam memain je.
Dia tak tanya pape sebab ini tang grooming. Dia ukur tinggi, berat.. Suruh angkat seluar kau sikit, lipat lengan baju sikit.. carik scar la.. tattoo ke..
Pastu dia suh balik.. Dia akan contact untuk next stage.

So aku pun balik lah.. tunggu dan tunggu.. Rasa cam, betul ke diorang nak call ni?
Sebabnye, time aku ni, kitorang tunggu dalam sebulan before the next stage! Bapak lama hokeyy..
So almost sebulan tu diorang call, suh datang hari Sabtu kat akademi lagi..
Kali ni ada laki (yayy!) hahahha. Aku datang awal time tu so awal awal lagi nama aku dah kena panggil.

Stage ketiga ni aku tak ingat sangat cemana. (cik Amyan ingat tak?) Masuk berenam kot. Before kitorang masuk, ada laa sorang mamat ni, Fariq.. mesra gila! Memang GILA tak hengat!! Buat lawak merepek apa ntah.. kitorang siap diskas lagi, nanti masuk kalau dia tanya suh bincangkan something, kita cerita pasal makanan..
Sekali kitorang masuk, dia suh cakap pasal road bullies.. Ada la yang cakap memang road bullies ni memang tak elok, suka carik pasal.. Aku lak dengan selamba cakap kadang kadang orang driving cam haram, buat orang nak jadi road bully! Aku ingat time ni cik Amyan agree ngan aku. hahahaha!

Pastu dia tanya pasal talent lak. Time ni aku merepek pasal writing. Tiga orang kata menari. Yang sorang menari square dance, sorang kata belly dance tapi dia taknak demo, yang sorang ni nari.. macam.. gay sangat kot! HAHAHAHHA! Aku tak ingat Amyan ngan Fariq kata apa. (Korang cakap ape eh?)
So yang lepas empat orang; square dance, Fariq, Amyan, aku.

Last stage, sesi paling mendebarkan.
Aku dah emo time tu sebab teringat last time. Tapi sebab si Fariq ni ada.. so aku tenang sikit kot. Last stage ni masuk lima orang, so ada laa sorang amoi ni join group kitorang.
Lama kitorang tunggu nak masuk bilik tu. Kitorang patut masuk bilik A, tapi sekali dapat tau dalam bilik A orang besar kompeni. Fariq dah kecut dah. Rupenye si Fariq dah pegi interview LIMA kali.. so entah cemana, kitorang boleh lak swap bilik pegi yang lagi satu. Time ni aku rasa kurang sedap hati.. rasa macam cheat fate lak. Tapi aku ikut kata majority; semua nak swap bilik.

Sekali bila masuk bilik interview ni, aku rasa tenang hati. Dua orang interviewer ni senyuum je. Manis. Sorang laki, sorang pompuan.. yang pompuan ni sebenanye ketua akademi lah kira. Orang besa jugek actually.
First thing dia tanya, nama each other. Dia suh kitorang sebut nama orang lain dalam group tu. Kitorang pass with flying colours lah! Dah sah sah berborak sepanjang tunggu. Yang pompuan tu dah impressed dah, sebab dia kata group sebelum kitorang tak tau pun nama each other. hehe.

Kali ni dia kasi situation and kitorang kena jawab sorang sorang.. Kelakar la part ni. Sebab Fariq kena soal; katakan ada lelaki raba dia, apa dia buat. Fariq kata dia akan senyum saja. Of course la kitorang tergelak kan! Macam suka lak kena raba, hisy! Aku tak ingat apa situation aku dapat, yang aku tau aku main tibai je konon aku reti nak handle.

Anyway, seminggu dua lepas tu dapat call untuk pegi bonding briefing dan medical check-up. Memang satu group aku lepas.
Tapi disebabkan pengukur ketinggian kat medical centre tu bengong, cik Amyan tersangkut dan tak join training..

Fariq sebok call HR so dia dapat masuk batch 06/09.
Aku, Fabian (square dance) ngan amoi May masuk batch 09/09.
Tapi kitorang end up graduate sama sama..
dua tahun yang lepasSebab tu lah aku pesan, kalau betul betul nak keje ni, jangan malu jangan segan.. Kalau kau jenis tak berani nak start bersuara buat kawan pun, kau kena la rajen senyum so orang yang rajin bersuara buat kawan ni mau berkawan ngan korang.

Kurusnye rupa aku dua tahun lepas. isyk.
Anyway, aku balek dari Brisbane ni tak tido lagi. Otak aku macam tengah shutdown sikit sikit. Agenda utama aku tadi sampai rumah adalah: BERAK. Aku tak paham betul toilet omputeh ni takde bidet. Puas ke main salat salat je? ewww!

Sepanjang trip lak satu set aku tanya aku from Sarawak ke. Tak sudah sudah! SUNGGUH aku tak ada related dengan orang Borneo ataupun darah Cina!
Pastu paling best, ada orang kat Brisbane tanya aku arah.. WAH! Rupa local kah saya?? hahahahha!

Bila fikir balek pasal time aku join.. Aku terasa sangat macam Tuhan memang dah ada plan untuk aku. Kalau lah aku start training awal, aku takde dalam batch 09/09. Or kalau lah aku degil sangat and tak pegi interview untuk kali kedua. Aku tak dapat study safety kat Cherating ngan batchmate aku. (iye, kitorang memang sempoi!)
Aku takkan ada Mummy dan Bestie.. dan aku tak berkawan pun dengan Encem.

Semua orang ada path masing masing kan?

Lepas ni aku cuti tiga hari sebelum buat flight four sector yang ntah pape. Aku nak balek Shah Alam!! Mau tuntut duit sama si Chacha. Banyak sangat beli barang kat Brisbane.. saya sengkekk!! Cemana mau pegi bercuti nihhh??

6 comments:

s a L o m a said...

ahahahahhahahah tiru..wek!

s a L o m a said...

baru habis baca.nak komen lagik!ahahahahahha

bestnya group korang!!dh sah2 interview kerja macamni,kau kena la kenal2 dgn member group kau kan?apa la bosan nya group yg fail2 tu semua..hish

kawan aku penari kebudayaan dulu,so imagine bila dia ckp dia kerja menari dgn tourism ni,diorang suh dia melenggok lat situ jugak..eheheheh

aku perasan kalau layover kt tmpat yg muslim nya takde/sikit,toilet diorang supply tisu jek.sanggup aku beli mineral botol besar buat cebok ok

lil^witch said...

Hahahha takde takde.. Tak tiru.. Inspired jek! Ekekeke! :P

Aku lak jenis beli ice lemon tea 500ml pastu simpan botolnye bila dah habis. So kurang selera bila nak membuang, kena berjimat. Tu bila balek umah tu nikmaat je rasa. Hahahaha

Anonymous said...

hye babe..! finally letak gak photo in uniform...CANTIK...~~~

-wantan-

lil^witch said...

Haha thanks.. Itu pun sebab gamba relevant ngan story :P

amyan.ms. said...

yup, then third stage tu pun ada cakap pasal public transport. lepas tu i ingat i dengan fabian kot dengan yakinnya kata komuter sangat tak reliable! hahahah ;P

yang pasal talent tu, i kata i suka masak and makan (like, what's new? T___T). hahah to think about it now, even masa kena interview pun tak boleh lupa tang makan rupanya i ni! isk.

and pasal swap bilik tu i pun berdebar sebenarnya. memang masa tu fikir, "but what if kalau kita interview kat room 1 sebenarnya lagi cerah peluang than kena interview kat room 2?"! i pun macam ikut majoriti je time tu ;P

Post a Comment

 

Thoughts by The Uninspired. © 2014

Blogger Templates by Splashy Templates